My Add

Monday 14 January 2013

Biarlah Bank Islam tentukan tindakan - Awang Adek

KUALA LUMPUR, AHAD, 13 Januaari, 2013: Kenyataan ‘panas’ tentang senario politik oleh Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam), Azrul Azwar Ahmad Tajuddin boleh menjejaskan nama baik dan kedudukan institusi kewangan tersebut.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, beliau tidak sewajarnya bercakap tentang politik lantaran kedudukannya yang berpengaruh dalam sebuah bank berkonsepkan Islam di Malaysia.

“Memang Azrul Azwar membuat pandangan peribadi tetapi adakah itu cukup untuk melambangkan sikap profesional beliau?

“Saya berpendapat alasan itu tidak dapat dipertahankan, apatah lagi pandangan itu bukan membawa kepada pendirian Bank Islam," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan terbuka Azrul Azwar bahawa Barisan Nasional (BN) akan menang tipis pada Pilihan Raya Umum Ke-13. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment