My Add

Monday 14 January 2013

Kalimah Allah: Kenyataan Jahja perkukuh pendirian

KUALA LUMPUR, AHAD, 13 Januari, 2013: Kenyataan seorang paderi dari Indonesia, Jahja Iskandar bahawa kalimah Allah adalah khas untuk umat Islam memperkukuhkan lagi pendirian ulama di negara ini yang menentang penggunaan kalimah itu di dalam Bible versi bahasa Melayu.

Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Aidit Ghazali memberitahu, kenyataan Jahja itu juga selari dengan perjuangan para ilmuwan dan pertubuhan Islam di negara ini bahawa tiada ruang untuk umat Islam berbeza pendapat tentang penggunaan kalimah Allah.

“Kenyataan itu mengukuhkan lagi pendirian kita bahawa kalimah Allah adalah eksklusif untuk umat Islam. Pendirian kita jelas, walaupun sebelum paderi itu membuat pengakuan di dalam bukunya lagi.

“Kita menentang penggunaan kalimah Allah di dalam Bible versi bahasa Melayu kerana melibatkan urusan ibadat sesuatu agama. Kalimah itu kita perlu pertahankan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment