My Add

Wednesday 2 January 2013

Budak mati, 400 cedera di Filipina

 *SEORANG lelaki bermain mercun sempena sambutan tahun baru di Manila semalam.

MANILA, SELASA, 01 Januari, 2013: Tembakan bagi menyambut tahun baru menyebabkan seorang budak berusia empat tahun terbunuh dan lebih 400 lagi cedera disebabkan permainan mercun bagi menyambut tahun baru, kata beberapa pegawai semalam.

Peluru mengenai budak itu di bahagian belakangnya semasa dia bermain di luar rumahnya di daerah Mandaluyong, pinggir Manila.

Menurut seorang pegawi polis, Leonardo Espina, pihaknya sedang berusaha untuk mengesan orang yang melepaskan tembakan itu.

Bagaimanapun, ia memerlukan masa untuk mengesan kerana terdapat penggunaan senjata api yang tidak berlesen berleluasa di negara ini.

"Kami menangkap 10 orang yang melepaskan tembakan, kebanyakannya ialah pengawal keselamatan peribadi yang mabuk," katanya.

Espina berkata, anggota-anggota polis yang turut melepaskan tembakan bagi meraikan kedatangan tahun baru juga akan dikenakan tindakan disiplin.

Setiausaha Kesihatan, Enrique Ona menyatakan, 404 orang cedera disebabkan permainan mercun di negara ini.

Menurutnya, separuh daripada mereka merupakan kanak-kanak.

"Sebahagian mengalami kecederaan yang serius," katanya.

Antara yang cedera itu ialah seorang budak lelaki yang salah satu kakinya terpaksa dipotong. - Agensi

No comments:

Post a Comment