My Add

Wednesday 2 January 2013

Simpan 200 artifak perlombongan

Oleh NOREHAN SALEH


*WONG Kong Chan menunjukkan sebahagian daripada 200 artifak Lombong Sungai Lembing yang dikumpul ketika ditemui di rumahnya di Kampung Air Terjun, Kuantan, kelmarin.

KUANTAN 1 Jan. - Pelbagai cara dilakukan oleh setiap orang bagi menentukan keturunan dan generasinya yang akan datang mengetahui tentang latar belakang ahli keluarga mereka.

Bagi seorang bekas juruteknik Lombong Bijih Timah Sungai Lembing di sini, Wong Kong Chan, 75, dia mempunyai cara sendiri untuk tujuan tersebut iaitu dengan mengambil inisiatif menyimpan lebih 200 artifak perlombongan di rumahnya di Kampung Air Terjun, Sungai Lembing, di sini.

Katanya, selepas lombong itu ditutup sejak 26 lalu, dia tidak melepaskan peluang menyimpan semua artifak tersebut seperti batu dan serbuk bijih, tembaga, pahat, gergaji kayu dan alat pengorek lubang di rumahnya sebagai koleksi peribadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment