My Add

Wednesday, 2 January 2013

Honda sumbang RM6,654 bantu rakyat Palestin


*MUHAMMAD Zulfikar Azlan Mohd. Shariff (tengah) menerima replika cek daripada Ahmad Nushirwan Abdul Hamid (empat dari kiri) dalam majlis penyerahan sumbangan kepada rakyat Palestin, di Ayer Keroh, Melaka, kelmarin.

MELAKA, SELASA, 1 Januari, 2013: Honda Malaysia menyumbangkan RM6,654.40 hasil kutipan derma kakitangannya bagi membantu meringankan beban rakyat Palestin yang menghadapi pelbagai kesusahan akibat serangan tentera Israel.

Presiden Kesatuan Pekerja Honda Malaysia, Ahmad Nushirwan Abdul Hamid berkata, sumbangan itu adalah hasil kutipan selama dua hari bermula 26 Disember lalu di ibu pejabat Honda di Alor Gajah di sini dan dua cawangannya di Bangi dan Petaling Jaya, Selangor.

Menurutnya, selain menjalankan kutipan derma berkenaan, pihaknya juga menganjurkan majlis bacaan Yasin pada Khamis lalu bagi memohon rakyat Palestin diberikan kekuatan dalam menghadapi kehidupan mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment