My Add

Saturday 12 January 2013

JKKK diminta kreatif dekati golongan muda

PARIT BUNTAR, JUMAAT, 11 Januari, 2013: Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diminta mengambil pendekatan lebih kreatif dalam mendekati orang muda dan memberi peranan penting kepada golongan itu dalam proses membangunkan perkampungan mereka.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, JKKK perlu mengatur strategi lebih berkesan untuk memenangi hati orang muda selain terus mendekati golongan wanita dan warga tua.

''Semarakkanlah aktiviti di kampung dengan program-program kemasyarakatan dengan menggalakkan penglibatan golongan muda selain memupuk perpaduan dalam kalangan penduduk kampung.

''Dengan adanya permuafakatan, agenda pembangunan luar bandar akan mudah diterima oleh masyarakat dan dilaksanakan oleh kerajaan," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian amanat tahun 2013 kepada JKKK Zon Utara Perak di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment