My Add

Saturday 5 January 2013

8 Felda DUN Sedili serah memorandum tolak pembangkang

KOTA TINGGI, JUMAAT, 04 Januari, 2013: Lapan ketua peneroka yang mendakwa mewakili penduduk daripada lapan tanah rancangan Felda dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sedili dekat sini semalam, menghantar memorandum kepada polis bagi melarang ceramah politik pembangkang masuk ke perkampungan mereka.

Kesemua mereka yang datang dari Felda Gugusan Lok Heng Selatan, Felda Lok Heng Barat, Felda Lok Heng Timur , Felda Aping Barat, Felda Aping Timur, Felda Simpang Waha, Felda Bukit Waha dan Felda Easter itu menyerahkan memorandum tersebut kepada Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Che Mahazan Che Aik.

Ketua Peneroka Felda Lok Heng Selatan, Mohammad Bakar berkata, memorandum itu adalah mewakili suara penduduk serta persatuan dalam kelapan-lapan tanah rancangan terbabit yang sebulat suara menentang kehadiran pembangkang di kampung masing-masing. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment