My Add

Saturday 26 January 2013

Kadar inflasi 2013 dijangka naik kepada 2.5 peratus

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 25 Januari, 2013: Kadar inflasi dijangka meningkat kepada 2.5 peratus pada 2013, dipacu oleh program penyusunan semula subsidi dan potensi pemulihan permintaan lewat tahun ini.
,
Alliance Research berkata, kadar dasar semalaman di jangka kekal tidak berubah pada tiga peratus tahun ini, memastikan pendirian dasar monetari akomodatif dan paras kestabilan harga mencukupi

Pakar Ekonominya, Manokaran Mottain berkata, inflasi Malaysia menyusut perlahan-lahan sejajar dengan harga komoditi global, terutamanya harga petroleum mentah.

Harga minyak dan produk berkaitan petroleum lain tidak berubah sejak penghentian sementara waktu pelaksanaan program penyusunan semula subsidi yang dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu). - Bernama - UTUSAN

No comments:

Post a Comment