My Add

Saturday 26 January 2013

Harga teh dijangka naik

COLOMBO, JUMAAT,  25 Januai, 2013: Harga secawan teh dijangka naik ekoran negara-negara pengeluar utama daun teh dunia secara bersama telah bersetuju untuk menaikkan harga komoditi itu, bagi meningkatkan pendapatan masing-masing.

Pengumuman itu dilakukan oleh Menteri Perladangan Sri Lanka, Mahinda Samarasinghe selepas berakhirnya persidangan antarabangsa melibatkan negara-negara pengeluar yang terdiri daripada Sri Lanka, India, Kenya, Indonesia, Malawi dan Rwanda.

Enam negara itu menguasai 50 peratus pengeluaran daun teh dunia.

Baru-baru ini negara terbabit telah berjaya membentuk Forum Pengeluar Teh Antarabangsa iaitu setelah 80 tahun berusaha membentuk sebuah kartel komoditi seperti Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (OPEC).

Mahinda berkata, meningkatkan harga komoditi daun teh merupakan salah satu objektif forum tersebut.

Bagaimanapun katanya, kuota pengeluaran di kalangan negara-negara ahli masih belum difikirkan tetapi tidak menolak bakal dilaksanakan pada masa hadapan.

Harga komoditi teh ketika ini adalah kira-kira RM7.80 sekilogram, iaitu jatuh berbanding RM8.80 sekilogram setahun yang lalu.

Menurut pegawai komoditi Sri Lanka, masih terdapat ruang kepada pengeluar-pengeluar teh meningkatkan harga pengeluaran memandangkan permintaan teh dunia meningkat satu peratus sejak setahun lalu.

China dan Iran merupakan pengguna utama teh dunia turut dijemput ketika forum negara pengeluar daun teh dianjurkan. China adalah pengeluar daun teh hijau terbesar dunia. - AFP

No comments:

Post a Comment