My Add

Saturday 26 January 2013

Mexico kecualikan duti import minyak sayur

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 25 Januari, 013: Keputusan Mexico untuk mengecualikan duti import ke atas pelbagai jenis minyak sayur-sayuran akan membuka lebih banyak peluang untuk para pengeksport Malaysia menembusi pasarannya, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Pengecualian itu, yang berkuat kuasa pada 1 Mac, meliputi minyak sayur-sayuran seperti minyak kacang soya dan berkaitannya, minyak sawit dan berkaitannya, minyak kesumba dan berkaitannya, minyak kelapa, minyak isirong atau minyak babassu dan berkaitannya, serta lemak dan minyak, haiwan atau sayur-sayuran dan berkaitannya.

Matrade berkata, pengecualian itu ialah untuk melindungi persaingan di kalangan perusahaan domestik yang menggunakan minyak-minyak seumpama itu sebagai input pengeluaran dan kebajikan rakyat dengan mengambil kira pertumbuhan yang tidak mencukupi pengeluaran domestik biji minyak. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment