My Add

Saturday 26 January 2013

Kadar jenayah di perairan negara terkawal

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA

KUANTAN, SABTU, 26 Januari, 2013: Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia yakin kadar jenayah di perairan yang dikenal pasti sebagai zon panas seperti Sabah, Selat Melaka dan sepanjang perairan Johor-Singapura kini terkawal hasil penguatkuasaan berterusan agensi itu.

Timbalan Ketua Pengarah Operasinya, Datuk Ahmad Puzi Ab. Kahar berkata, statistik menunjukkan sepanjang tempoh empat tahun iaitu dari 2009 hingga 2012, hanya dua kes rompakan dicatatkan pada 2011 membabitkan kapal dagang di perairan Laut China Selatan dan Selat Melaka.

Menurutnya, komitmen dan kerjasama erat antara agensi maritim itu dan penguat kuasa maritim negara jiran mengawal perairan negara menyumbang kepada penurunan kadar tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment