My Add

Saturday 26 January 2013


 
Utusan Karya lancar majalah 
Lawak Bumper

DUA badut dan kanak-kanak ketawa membaca majalah Lawak Bumper keluaran Utusan Karya Sdn. Bhd. ketika pelancaran majalah lawak terbaharu keluaran anak syarikat Kumpulan Utusan itu di Bangi hari ini. - UTUSAN

KUALA LUMPUR, SABTU, 26 Januari, 2013: Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) buat julung-julung kalinya melancarkan majalah berkonsepkan kartun berjudul ‘Lawak Bumper’.

Majalah yang mengandungi 160 muka surat dengan pengisian lawak edisi pecah buah pinggang itu mampu menarik minat pembaca daripada pelbagai lingkungan usia.

Pengarang Kanan, Unit Majalah Umum UKSB, Zulkarnain Zakaria berkata, majalah santai itu padat dengan lawak dimensi baru dan dipersembahkan dalam bentuk lebih segar bagi memudahkan pembaca bergelak ketawa.

“Lawak Bumper telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pembaca sejak berada di pasaran bulan lalu.

“Istimewanya, buah tangan terbaru ini turut menghimpunkan seramai 14 kartunis popular tanah air antaranya Maro, Hafiz, Buloh dan Belitoong yang boleh membuatkan pembaca sasau seketika dengan karya hebat mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran majalah itu di Kompleks Sri Utusan dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Operasi UKSB, Zurzaliza Bajuri serta pelawak tanah air, Along dan Imuda.

Pelancaran majalah itu diadakan bersempena karnival seisi keluarga 'Jom Fiesta!' anjuran UKSB yang berlangsung sehingga Ahad ini.

Menurut Zulkarnain, pembaca juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi peraduan ‘Sketsa Lawak Bumper’ yang menawarkan hadiah seperti pakej pelancongan ke taman tema Legoland dan Universal Studio.

Sementara itu, Angah berkata, kemunculan majalah itu tepat pada masanya dan mampu menjadi rujukan terbaik terutama buat bakal-bakal pelawak dalam mempelbagaikan penyampaian sketsa komedi mereka.

Dalam majlis itu, UKSB turut melancarkan dua lagi buku berjudul ‘Siri Lawak Terbaeeekkk Mastika’ edisi Tiptop dan Meletop.

Zulkarnain berkata, buku setebal 112 muka surat itu juga padat dengan lawak dan kartun yang akan membuat pembaca ketawa.

“Orang ramai boleh mendapatkan majalah Lawak Bumper dan Siri Lawak Terbaeeekkk Mastika di kedai-kedai buku berhampiran yang masing-masing berharga RM11.90 dan RM7.00," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment