My Add

Monday 14 January 2013

Kalimah Allah hanya untuk Islam - Pas

Oleh KAMIL MASLIH

KUALA LUMPUR, AHAD, 13 Januari, 2013: Setelah didesak pelbagai pihak termasuk daripada mufti-mufti pelbagai negeri, Pas akhirnya akur menyatakan kalimah Allah adalah khusus untuk agama Islam dan tidak boleh digunakan oleh agama lain.

Mesyuarat Majlis Syura Ulama yang diadakan malam ini memutuskan kalimah Allah itu adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah, oleh itu tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah itu.

Selain itu, majlis memutuskan, mana-mana kalimah asing tidak boleh diterjemah kepada kalimah Allah.

Sehubungan itu, terjemahan kalimah God atau Lord daripada mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah adalah tidak dibolehkan dan hendaklah dicegah.

Keputusan tersebut dikeluarkan dalam kenyataan bertulis yang ditandatangani bersama Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr. Haron Din. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment