My Add

Saturday 19 January 2013

Kecewa dituduh penceroboh

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

GUA MUSANG, JUMAAT, 18 Januari, 2013: Lebih 100 peneroka asal tanah di Relai di sini berasa tertipu kerana mereka bukan sahaja gagal mendapatkan hak tanah yang diterokai sejak lebih 20 tahun lalu, malah tanah milik Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin) itu diberikan kepada syarikat bukan bumiputera, Kim San Investments Sdn. Bhd. (KSI).

Lebih malang, hasil titik peluh mereka mengusahakan tanah itu tidak dihargai apabila tanah tersebut telah dibangunkan selain menerima surat daripada syarikat berkenaan yang mendakwa mereka adalah penceroboh tanah tersebut.

Seorang peneroka asal, Mat Mat Daud, 63, berkata, dia terkilan kerana Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1990 pernah menegaskan mana-mana tanah di negeri ini yang diterokai rakyat, waima dengan sekali cangkul sekalipun akan menjadi milik mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment