My Add

Saturday 26 January 2013

Kerajaan Pusat tidak sekat Selangor ambil alih konsesi air -TPM

*MUHYIDDIN (tengah) ketika melakukan tinjauan mesra di Pasar Pagi Sabak Bernam, Selangor hari ini. Turut kelihatan Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Datuk Ramli Norani (dua, kiri). - BERNAMA

SABAK BERNAM, SABTU, 26 Januari, 2013: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menempelak kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor kerana cuba menyalahkan kerajaan Pusat apabila gagal mengambil alih syarikat konsesi air di negeri ini.

Sedangkan, menurut Timbalan Perdana Menteri, kerajaan Pusat tidak pernah menyekat usaha kerajaan negeri untuk mengambilalih syarikat tersebut.

Muhyiddin berkata, kerajaan negeri sepatutnya berunding dengan syarikat konsesi tersebut termasuk menetapkan harga yang dipersetujui bagi pengambilalihan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program kunjungan mesra TPM di Sabak Bernam hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment