My Add

Tuesday 15 January 2013

Kosongkan asrama Bestari Jaya: Dakwaan Unisel tidak benar?

SHAH ALAM, SELASA, 15 Januari, 2013: Dakwaan Universiti Selangor (Unisel) bahawa Jabatan Kerja Raya (JKR ) dan Jabatan Audit Negara (JAN) telah mengeluarkan arahan supaya keseluruhan asrama pelajar universiti itu di Bestari Jaya, Kuala Selangor dekat sini dikosongkan dan ditutup, adalah tidak benar.

Jurucakap syarikat konsesi yang menguruskan asrama tersebut, Jana Niaga Sdn. Bhd. (JNSB), Noor Adilah Mohd Sidek mendakwa, ini kerana laporan lawatan tapak yang dikeluarkan oleh pihak JKR Selangor mengesahkan bahawa struktur bangunan-bangunan asrama di Unisel Bestari Jaya masih selamat untuk didiami.

Dakwa beliau lagi, hanya kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan perlu dibuat sebagai langkah awal bagi memastikan perkhidmatan sedia ada tidak terjejas akibat mendapan tanah yang berlaku.

"Laporan lawatan tapak tersebut tidak mengarahkan bahawa keseluruhan asrama di Kampus Bestari Jaya perlu dikosongkan secara serentak. Ini bermakna dakwaan pihak Unisel bahawa pihak JKR dan JAN telah mengeluarkan arahan supaya keseluruhan asrama dikosongkan dan ditutup adalah tidak benar sama sekali.

"Oleh itu, pihak JNSB akan melantik konsultan-konsultan bebas dalam masa terdekat bagi menjalankan siasatan terperinci untuk mendapat gambaran sebenar sebelum kerja-kerja pembaikan akibat mendapan tanah dapat dimulakan,'" ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment