My Add

Tuesday 15 January 2013

Rumah terbakar: Remaja terselamat daripada rentung

Oleh YATIMIN ABDULLAH

KOTA BHARU, SELASA, 15 Januari, 2013: Seorang remaja yang sedang tidur terselamat daripada rentung apabila rumahnya di Kampung Badang, di sini terbakar petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang, mangsa Mohd. Shafiq Nizam Norizan, 15, sedang tidur berseorangan di ruang tamu rumah tersebut sebelum dikejutakan dengan jeritan jirannya yang memaklumkan rumahnya terbakar.

Mohd. Shafiq berkata, ketika terjaga dari tidur, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Badang itu melihat ruang tamu rumahnya sudah dipenuhi dengan asap tebal.

"Ketika itu saya sedang tidur diatas sofa akibat kepenatan. Tiba-tiba saya dikejutkan dengan jeritan luar dari arah luar yang memberitahu rumah terbakar.

"Sebelum menyelamat diri saya hanya sempat mengambil dokumen penting sahaja kerana api marak dengan cepat," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian kelmarin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment