My Add

Saturday 12 January 2013

KSN nasihat penjawat awam tidak terbabit dalam perhimpunan esok

PUTRAJAYA, JUMAAT, 11 Januari, 2013: Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa menasihatkan penjawat awam untuk tidak terbabit dalam perhimpunan dijadual diadakan di Stadium Merdeka esok.

Beliau berkata, ini kerana difahamkan perhimpunan itu dianjurkan oleh parti politik dan penjawat awam tidak sepatutnya terbabit.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Program Membaca 1Malaysia: Bacalah Manjaku di Hospital Putrajaya di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Ali berkata, mulai tahun ini, kerajaan akan lebih giat menggerakkan kempen membaca agar motif kempen dapat dicapai.

"Dimaklumkan masyarakat Malaysia membaca sekitar lapan hingga 12 buku setahun, namun kuantiti bacaan sahaja tidak memadai, langkah mendidik masyarakat untuk membaca dan menganalisis maklumat yang diperolehi juga perlu dijalankan serentak," katanya.

Hospital Putrajaya menjadi hospital kelima memperkenalkan program itu sejak dilancarkan pada 2008 di Hospital Kuala Lumpur. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment