My Add

Tuesday 15 January 2013

Laksana penubuhan AEC 2015

Oleh NORLaili ABD. RAHMAN

KUALA LUMPUR, ISNIN, 14 Januari, 2013: Penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) pada 2015 harus dilaksanakan seperti yang dirancang walaupun pelaksanaannya mungkin masih belum sempurna.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Bhd., Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, pelaksanaan AEC yang merupakan tonggak integrasi ekonomi serantau amat penting bagi memastikan kejayaan rantau ini dalam semua aspek.

"Pada saya, walaupun AEC mungkin terpaksa dilaksanakan menjelang Disember 2015 dan bukannya Januari 2015 seperti mana yang dijadualkan. Malah sekiranya ia hanya 80 peratus siap sekali pun, ia tetap perlu dilaksanakan.

"Kita perlu pragmatik. Jika kita hanya menunggu (segala-galanya sempurna dan tiada masalah berbangkit), kita tidak akan ke mana-mana, sedangkan integrasi ekonomi serantau merupakan perkara yang amat penting. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment