My Add

Friday 4 January 2013

Samun tiga rumah dalam tiga jam

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM

KUANTAN, KHAMIS, 03 Januari, 2013: Sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang mengambil masa tiga jam untuk menyamun tiga buah rumah di sekitar bandar ini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Aziz Ahmad berkata, kes samun pertama berlaku kira-kira pukul 8.30 malam apabila empat penjenayah bertopeng dan membawa parang menceroboh masuk rumah seorang ahli perniagaan di Lorong Pelindung 33 di sini.

Pengadu iaitu Gow Jun Hor, 22, berkata, hanya ibunya berada di rumah ketika kejadian dan bergegas pulang sebaik sahaja dimaklumkan oleh ibunya berusia lingkungan 60-an mengenai kejadian tersebut.

"Suspek menggeledah rumah mangsa dan melarikan barangan kemas serta sejumlah wang tunai kesemuanya dianggarkan kira-kira RM55,000.

"Ibu pengadu tidak mengalami kecederaan namun dia gagal mengecam suspek kerana kesemua mereka bertopeng," katanya ketika dihubungi hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment