My Add

Friday 11 January 2013

Mali minta bantuan Perancis tangani serangan pengganas

NEW YORK, JUMAAT, 11 Januari, 2013: Presiden Mali, Dioncounda Traore, semalam merayu bantuan Perancis bagi menangani serangan golongan pengganas dan pelampau yang menawan bahagian utara negara itu dan kini mengembangkan wilayah mereka ke bahagian selatan negara itu.

Duta Perancis ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Gerard Araud berkata, Traore dalam suratnya kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, merayu tindakan segera bagi mematahkan gerakan kumpulan itu yang telah menawan bandar Konna semalam dan kini cuba mengambil alih bandar Mopti di selatan Mali, yang mempunyai 100,000 penduduk.

“Anggota PBB perlu menyediakan bantuan segera kepada pasukan keselamatan dan pertahanan Mali bagi mengurangkan ancaman yang dihadapi oleh mereka," katanya selepas mengadakan mesyuarat tergempar bersama Majlis Keselamatan PBB di sini. - AP

No comments:

Post a Comment