My Add

Friday 11 January 2013

10,000 akan berhimpun bantah pembalakan di Tasik Pedu

Oleh JAMLIAH ABDULLAH

 *KELIHATAN sebahagian daripada 220 bas membawa penduduk yang membantah pembalakan oleh kerajaan Pas Kedah di kawasan berhampiran Tasik Pedu, diletakkan di hadapan Masjid Zahir di sini pagi ini. Mereka kemudian bertolak ke Carok Genting Bunga, Mukim Pedu untuk menyertai kira-kira 10,000 penduduk yang akan berhimpun secara aman selepas solat Jumaat hari ini bagi membantah tindakan kerajaan negeri itu selain menentang penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI

ALOR SETAR, JUMAAT, 11 Januari, 2013: Kira-kira 10,000 penduduk negeri ini dijangka berhimpun secara aman di Charok Batang Padi Padang Terap pada pukul 3 petang ini bagi membantah aktiviti pembalakan oleh kerajaan Pas Kedah di kawasan berhampiran Tasik Pedu.

Kumpulan tersebut yang menaiki 220 buah bas berhimpun di hadapan Masjid Zahir di sini kira-kira pukul 9.30 pagi ini sebelum bertolak ke kawasan itu.

Perhimp, JUMAATunan dijangka diadakan selepas solat Jumaat dan diketuai oleh Pengerusi Gerakan Protes Aman Pembalakan Tasik Pedu, Datuk Mohd. Yusof Ismail.

Turut kelihatan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Perhimpunan dijangka disertai penduduk dari negeri lain seperti Kelantan, Pulau Pinang dan Perak yang berhasrat meninjau sendiri aktiviti pembalakan meneroka hutan di kawasan tadahan air itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment