My Add

Friday 11 January 2013

Hubungan Filipina, Jepun perlu diperkukuh

MANILA, JUMAAT, 11 Januari, 2013: Menteri Luar Jepun, Fumio Kishida semalam mahu hubungan antara Filipina dan Jepun diperkukuhkan bagi memastikan keamanan serantau, ketika krisis pertikaian wilayah kedua-dua negara dengan China semakin meruncing.

Dalam lawatan luar pertamanya selepas dilantik jawatan itu bulan lalu, Kishida berkata, kerjasama seperti itu ditentukan melalui perubahan besar dalam persamaan kawalan keselamatan wilayah ini, namun beliau tidak mengulas lanjut mengenainya.

“Berikutan perubahan persekitaran di wilayah ini, menjadi satu keperluan bagi kita untuk berkongsi kesedaran," katanya selepas bermesyuarat dengan Setiausaha Luar Filipina, Albert del Rosario, di sini.

Kishida berkata, keadaan itu juga mendorong keperluan ‘menyuburkan hubungan strategik antara kedua-dua negara dan kerjasama dalam membentuk wilayah Asia pasifik yang aman dan makmur.’

“Dari segi keselamatan dan politik, kami bersetuju memperkukuhkan dialog dan meningkatkan polisi kerjasama maritim serta lain-lain tindakan," kata beliau.

Hubungan Jepun tegang dengan China selepas kedua-dua negara menuntut kepulauan Diaoyu/ Senkaku di Laut China Timur, manakala Filipina dan China menuntut kepulauan Spratly dan Scarborough Shoal di Laut China Selatan. - AFP

No comments:

Post a Comment