My Add

Tuesday 22 January 2013

MB Kedah terima maklumat salah

Oleh SAHBULAH DARWI

ALOR SETAR, ISNIN, 21 Januari, 2013: Belum pun reda isu pembalakan berhampiran Tasik Pedu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini terus diselar kerana menyalahkan syarikat MAS Incorporated Ltd. (MAS) terhadap kegagalan projek pembalakan di Papua New Guinea (PNG).

Pengerusi Eksekutif MAS Incorporated (PNG) Ltd. (MAS), Datuk Abdul Manaf Abdul Hamid berkata, kerajaan negeri bersikap tidak bertanggungjawab apabila menjadikan beliau sebagai 'kambing hitam' terhadap masalah yang timbul.

"Dalam beberapa laporan media, Azizan juga telah mencemarkan nama baik saya apabila menuduh saya menderita akibat penyakit ketumbuhan dalam otak. Ini semua tidak betul dan fitnah," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 2008 Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) dan MAS menandatangani perjanjian usahasama untuk memajukan dua kawasan seluas 114,429 hektar manakala Abdul Manaf memegang baki ekuiti itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment