My Add

Tuesday 22 January 2013

Warga Mara perlu kreatif cipta produk

KUALA LUMPUR, ISNIN, 21 Januari, 2013: Warga kerja Majlis Amanah Rakyat (Mara) perlu lebih berfikiran kritis dan konstruktif dalam mereka cipta produk inovasi yang kreatif dan inovatif di luar kelaziman.

Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ibrahim Muhamad berkata, setiap inovasi yang ditampilkan mestilah mempunyai justifikasi yang jelas, berimpak tinggi, mempunyai nilai untuk pendapatan serta memberi manfaat cukup besar kepada rakyat dan negara.

Katanya, setiap inovasi perlu diukur daripada sudut sejauh mana sumbangannya kepada kesejahteraan dan kemakmuran rakyat bertepatan dengan tema hari inovasi Mara pada tahun ini iaitu Inovasi Pencetus Kekayaan Baharu.

"Warga kerja Mara harus bersedia untuk melakukan transformasi dari segi minda dan budaya kerja berinovasi bagi bergerak seiring dengan hasrat kerajaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment