My Add

Friday 4 January 2013

Merebut peluang di China

*USAHAWAN yang memborong di China bersama Anzac Consultancy boleh menghantar barangan dibeli ke Malaysia, sama ada melalui pengangkutan udara atau laut.

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 03 Januari, 2013: Tahun ini ini genaplah 35 tahun China sebuah negara 'kilang dunia' membuka sempadan ekonominya kepada negara luar.

Sejak itu, berpusu-pusu peniaga dan pelancong dari seluruh dunia berebut-rebut untuk mengambil peluang yang ditawarkan oleh negara itu.

Kebanyakan daripada mereka adalah para usahawan dan usahawan Malaysia tidak terkecuali daripada merebut peluang itu.

Pada awalnya, hanya usahawan berbangsa Cina yang kerap mengunjungi negara itu kerana mudah berurusan disebabkan faktor bahasa dan budaya yang hampir sama.

Bagaimanapun, kini usahawan- usahawan Melayu dari dari negara ini mula meneroka pasaran China selepas mengetahui bahawa keuntungan yang boleh diperoleh hasil mengimport secara terus dari pasaran negara itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment