My Add

Friday 4 January 2013

Korban Syria cecah 60,000

 *IMEJ diperoleh dari sedutan video YouTube, menunjukkan keadaan
 mayat-mayat yang rentung dalam serangan tentera kerajaan di Muleiha, pinggir bandar Damsyik, kelmarin. - AFP

AMMAN/GENEVA, KHAMIS, 03 Januari, 2013: Lebih 60,000 orang maut di Syria sejak konflik perang saudara meletus tahun lalu, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, jumlah kematian tertinggi yang didakwa setakat ini dalam konflik yang dilihat tidak menunjukkan tanda-tanda akan tamat.

Dalam keganasan terbaharu, aktivis berkata, berpuluh-puluh penduduk terbunuh di pinggir Damsyik, apabila tentera Syria melancarkan serangan udara ke atas sebuah stesen minyak, menyebabkan pemandu yang mahu mengisi minyak, maut.

"Sekurang-kurangnya 30 mangsa ditemui, sama ada rentung atau mayat mereka sukar dikenal pasti," kata aktivis, Abu Saeed yang tiba satu jam selepas satu serangan berlaku di Muleiha, pinggir bandar Damsyik pada pukul 1 petang waktu tempatan, semalam. - AGENSI

No comments:

Post a Comment