My Add

Friday 11 January 2013

Kakitangan KUIS hilang keyakinan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 10 Januari, 2013: Selepas Universiti Selangor (Unisel) ditimpa pelbagai masalah membabitkan kewangan dan pengurusan sejak Parti Keadilan Rakyat (PKR) mentadbir Selangor, kini tiba pula giliran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) berhadapan masalah sama.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, kakitangan KUIS sudah hilang keyakinan terhadap pengurusan institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu yang didakwa hilang kewibawaannya sehingga mengakibatkan rakyat tidak lagi menyambung pengajian di kolej itu.

Katanya, berikutan itu, kakitangan KUIS bimbang dengan kelangsungan institusi itu dan kemungkinan tindakan pengurangan kakitangan diambil berikutan masalah kewangan yang timbul disebabkan penyusutan jumlah pelajar.

"Semenjak pengurusan baharu mengambil alih, kebajikan kakitangan juga semakin terabai sehingga sudah dua tahun tiada kenaikan gaji tahunan, tuntutan kerja lebih masa bagi pensyarah yang mengajar separuh masa di fakulti pendidikan pula telah melebihi satu semester tidak dibayar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment