My Add

Friday 4 January 2013

MPAT luaskan pengambilan peserta luar

Oleh KAMIL MASLIH

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 03 Januari, 2013: Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) akan memperluaskan pengambilan peserta kursus dari negara sahabat dan rantau ASEAN bagi meningkatkan jaringan diplomasi pertahanan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu juga akan memperkukuhkan kedudukan MPAT sebagai antara kolej ketenteraan yang elit di dunia.

"Kita akan memperluaskan usaha untuk mengambil lebih banyak peserta dari negara lain kerana kursus di MPAT memberi pengiktirafan akademik dan pendedahan untuk mempertingkatkan kerjaya dalam bidang ketenteraan.

"Kolej ini dikenali di seluruh dunia dan alumninya merupakan panglima-panglima bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara lain," katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Graduasi MPAT Siri 32/2012 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment