RTC baharu di empat negeri
PUTRAJAYA, KHAMIS, 03 Januari, 2013: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mahu memperluaskan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) ke empat negeri lagi iaitu Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak.
Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, berikutan sambutan masyarakat yang memberangsangkan, RTC Pahang akan beroperasi seawal bulan depan manakala RTC Johor dijangka beroperasi pada Mac.
"Ketiga-tiga RTC sedia ada di Perak, Kelantan dan Melaka telah mencatatkan nilai transaksi lebih daripada RM300 juta sejak beroperasi.
"RTC Kelantan merupakan pusat yang paling sibuk setakat ini di mana lebih daripada dua juta orang telah berkunjung ke sana sejak mula beroperasi," kata beliau selepas menyampaikan amanat Tahun Baru kepada kakitangan kementeriannya di sini hari ini. Yang turut hadir kedua-dua Timbalannya, Datuk Hasan Malek dan Datuk Joseph Entulu serta Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Ibrahim Muhamad. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment