My Add

Friday 4 January 2013

Prestasi PMR Sekolah Integriti, Henry Gurney naik

MELAKA, KHAMIS, 03 Januari, 2013: Pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 bagi calon-calon Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney di seluruh negara meningkat berikutan kesemua 12 calon sekolah-sekolah itu mencatatkan kelulusan 100 peratus.

Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional), Datuk Hassan Sakimon berkata, 12 calon itu terdiri daripada pelajar dua buah sekolah Henry Gurney serta enam Sekolah Integriti.

"Sasaran kita adalah sebanyak 92 peratus namun kesemua mereka berjaya lulus dalam peperiksaan itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Pentauliahan dan Penyampaian Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Jabatan Penjara di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, di sini hari ini.

Menurutnya, lima mata pelajaran mencatatkan kelulusan 100 peratus iaitu Bahasa Malaysia, Sejarah, Sains, Pendidikan Islam dan Geografi dengan nilai gred purata keseluruhan bagi semua sekolah sebanyak 3.40. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment