Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
KUALA TERENGGANU, RABU, 02 JanUARI, 2013: Ketika murid-murid tahun satu lain riang bersama kawan-kawan baharu sebaik memulakan alam persekolahan semalam, Muhamad Faiz Muntasir Muzil, 7, bagaimanapun kelihatan tidak bermaya dan keletihan.
Wajah dan fizikalnya turut menggambarkan dia memikul beban yang berat berikutan dilahirkan dengan jantung yang berada di luar badan sekali gus membataskan pergerakannya.
Difahamkan kanak-kanak itu merupakan salah seorang daripada empat kanak-kanak di negara ini yang dilahirkan dengan kecacatan sedemikian.
Muhamad Faiz Muntasir ditempatkan bersama dengan lapan lagi rakan sebaya dalam kelas Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam dekat sini. - UTUSAN
*RAKAN-RAKAN melihat keadaan jantung Muhamad Faiz Muntasir di dalam kelas Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam di Terengganu, semalam. - UTUSAN/AZLAN BAHRUM |
KUALA TERENGGANU, RABU, 02 JanUARI, 2013: Ketika murid-murid tahun satu lain riang bersama kawan-kawan baharu sebaik memulakan alam persekolahan semalam, Muhamad Faiz Muntasir Muzil, 7, bagaimanapun kelihatan tidak bermaya dan keletihan.
Wajah dan fizikalnya turut menggambarkan dia memikul beban yang berat berikutan dilahirkan dengan jantung yang berada di luar badan sekali gus membataskan pergerakannya.
Difahamkan kanak-kanak itu merupakan salah seorang daripada empat kanak-kanak di negara ini yang dilahirkan dengan kecacatan sedemikian.
Muhamad Faiz Muntasir ditempatkan bersama dengan lapan lagi rakan sebaya dalam kelas Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam dekat sini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment