My Add

Wednesday 23 January 2013

Nilai kerugian banjir di Jakarta RM6.3 bilion

 *SEKUMPULANn pekerja membersihkan ruang bawah tanah bangunan United Overseas Bank Plaza yang mengalami kerosakan akibat banjir di Jakarta, Indonesia, semalam. - AGENSI

JAKARTA, SELASA, 22 Januari, 2013: Banjir besar yang melanda kota raya Jakarta minggu lalu telah menyebabkan kerugian sebanyak 20 trilion Rupiah (RM6.3 bilion).

"Kerugian akibat banjir ini agak besar. Kalau dihitung-hitung jumlah kerugian banjir pada tahun ini kira-kira mencapai 20 trilion Rupiah (RM6.3 bilion)," kata Gabenor Jakarta, Joko Widodo atau lebih mesra dikenali sebagai Jokowi di sini hari ini.

Menurut beliau, daripada terus menanggung kerugian besar akibat banjir pada musim tengkujuh, adalah lebih baik seandainya pelaburan membangunkan terowong pelbagai fungsi dilakukan.

"Terowong merupakan penyelesaian banjir jangka panjang. Daripada terus-terusan mengeluarkan wang untuk membayar kerugian, lebih baik dibangunkan sahaja terowong," jelas Jokowi lagi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment