My Add

Wednesday 23 January 2013

Proses pemulihan di luar lebih mencabar - Radhi OAG

Oleh ABD. AZIZ ITAR

KUALA LUMPUR, SELASA, 22 Januari, 2013: Ia bukan proses yang mudah. Vokalis kumpulan OAG, Radhi mendedahkan, proses pemulihan ketagihan dadah selepas dia keluar dari pusat pemulihan Pengasih Malaysia adalah sesuatu yang lebih mencabar dirinya.

Setelah lebih setahun menghirup udara bebas, kata Radhi dia masih berjuang untuk kekal bersih daripada najis itu.

Duda anak satu itu turut memberitahu, proses pemulihan itu tidak terhenti selepas dia keluar dari pusat pemulihan, sebaliknya akan berlanjutan sehingga ke akhir hayatnya.

“Walaupun sudah tidak ambil (dadah), di luar ini dugaannya lebih berat dan terlalu banyak. Sebab itu saya sentiasa berhati-hati dan perbaiki banyak aspek termasuk sikap dan pemikiran. Perjuangan ini sudah pasti berlaku sehingga ke akhir hayat saya" katanya.

Penyanyi lagu 60’s TV itu berkata demikian selepas pelancaran album Projek 3 Duda di sini baru-baru ini. Ketika ini tumpuan Radhi adalah untuk membina semula kerjaya nyanyian bersama OAG, selain bebas sepenuhnya daripada ketagihan dadah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment