Sektor media perlu pemangkin penarafan semula
KUALA LUMPUR, SELASA, 01 Januari, 2012: OSK Research Sdn. Bhd. berpendapat sektor media memerlukan pemangkin penarafan semula.
Dalam unjuran sektor 2013, ia berkata, ketidaktentuan kini menyelubungi senario politik dalaman selain ekonomi global.
Selain itu, OSK berkata, tidak ada acara sukan besar untuk merangsang pertumbuhan perbelanjaan pengiklanan (ADEX) tahun depan.
"Segmen Bahasa Inggeris (BI) terus susut, trend penguasaan pasaran dalam ruang akhbar kekal pada status quo, dengan penerbitan Bahasa Malaysia (BM) dan Cina kini menyumbang kepada penguasaan ADEX BI," kata OSK.
Bagi tempoh 10 bulan pertama 2012, ADEX dalam segmen BM dan Cina masing-masing meningkat tiga dan peratus setahun manakala dalam segmen BI, susut enam peratus tahun ke tahun, katanya.
"Fenomena ini tidak mengejutkan memandang mereka yang fasih dalam BI semakin celik teknologi dan semakin ramai yang mengakses Internet untuk membaca berita.
"Media Prima dan Media Cina merupakan penerima manfaat utama," katanya.
OSK menjangkakan harga kertas akhbar akan berlegar pada harga semasa iaitu antara AS$600 (RM1,834) setan dan AS$650 (RM1,987) setan.
"Bagaimanapun, nilai mata wang memain peranan utama dalam menentukan kedudukan kos, dengan peningkatan Ringgit berbanding dolar akan menjadikan harga kertas akhbar dalam mata wang dolar, secara keseluruhannya lebih rendah. Inilah kes yang berlaku sejak beberapa suku yang lepas," katanya.
OSK mengekalkan sasaran 'neutral' ke atas Media Prima berdasarkan pendedahan terhadap segmen televisyen dan Media Cina, yang keuntungannya menguncup akibat hutang berjumlah RM500 juta.
"Star Publications bagaimanapun disaran 'jual' berdasarkan bilangan pembaca Bahasa Inggeris semakin berkurangan manakala perniagaan yang baru diambil alih, masih di peringkat awal perniagaan.
"Begitu juga dengan perniagaan Catcha Media masih dalam peringkat awal, namun diberikan saranan 'neutral' ke atas saham berkenaan," kata OSK.
Firma penyelidikan itu berkata, satu-satu sektor media yang disaran 'beli' ialah Astro, berdasarkan perniagaannya yang berbeza dengan syarikat lain yang dinyatakan itu memandangkan ia mengguna pakai model televisyen berbayar, yang akan menampung impak kelembapan ADEX. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment