My Add

Wednesday 16 January 2013

PDRM ubahsuai SOP - KPN

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ

KUALA LUMPUR, SELASA, 15 Januari, 2013: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengakui, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pengubahsuaian prosedur operasi standard (SOP) ketika menghadapi himpunan pembangkang di ibu negara, Sabtu lalu, yang bertujuan menjamin keamanan dikekalkan pada hari tersebut.

Beliau berkata, pengubahsuaian SOP itu berbeza dengan perhimpunan pembangkang sebelum ini tetapi masih menepati Akta Perhimpunan Aman 2012 berdasarkan keperluan semasa dan kehendak rakyat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment