My Add

Wednesday 16 January 2013

KUIS cetus kontroversi lagi

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

SHAH ALAM, SELASA,  15 Januari, 2013: Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) sekali lagi mengundang kontroversi apabila pihak pengurusannya didakwa membekukan kenaikan gaji tahunan kakitangan sejak 2011.

Selain kenaikan gaji tahunan, pihak pengurusan juga didakwa gagal melaksanakan pelarasan gaji pada kadar 13 peratus membabitkan lebih 400 kakitangannya yang sepatutnya dikuatkuasakan pada tahun lalu.

Menurut sumber, tindakan tersebut dikatakan telah menyebabkan sebilangan besar kakitangan kolej tersebut tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan yang dikatakan sering menjadikan kedudukan kewangan defisit sebagai alasan kenaikan gaji tahunan mereka tidak dapat dilakukan.

"Sebelum ini, kita ada membawa perkara tersebut di dalam mesyuarat pengurusan KUIS. Bagaimanapun, pihak pengurusan memberikan alasan faktor kewangan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment