My Add

Saturday 12 January 2013

Pengusaha taska NS mohon subsidi kerajaan

SEREMBAN, SABTU, SABTU, 12 Januari, 2013: Persatuan Pengusaha dan Pengasuh Taska Negeri Sembilan (PTN9) memohon subsidi yuran daripada kerajaan bagi membolehkan gaji pengasuh ditetapkan mengikut akta gaji minimum tanpa perlu menaikkan kadar yuran sedia ada.

Naib Presiden PTN9, Azura Hanim Mohamed Zubir berkata, selepas gaji minimum dilaksanakan, kos pengusaha taska akan meningkat dan mereka tiada pilihan selain menaikkan kadar yuran sedia ada atau terpaksa berdepan risiko gulung tikar.

"Kami menyokong penetapan gaji minimum tetapi kami memohon bantuan kerajaan dalam bentuk subsidi yuran kerana kebanyakan taska tidak mampu membayar gaji yang tinggi kepada para pekerja mereka.

"Kami juga tidak boleh menaikkan kadar yuran dengan sewenang-wenangnya kerana boleh membebankan ibu bapa terutamanya yang tinggal di pinggir bandar,'' katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment