My Add

Saturday 12 January 2013

Status prosiding saman AES belum boleh diumumkan

PUTRAJAYA, SABTU, 12 Januari, 2013: Jabatan Peguam Negara akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkembangan prosiding saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) selepas semua perkara membabitkan isu itu diselesaikan.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, keputusan mengenai perkara itu tidak dapat diumumkan pada masa ini kerana pihaknya perlu bekerjasama dengan semua agensi berkenaan untuk mendapatkan maklumat terperinci.

"Saya akan keluarkan kenyataan kepada media selepas semuanya telah tersedia,'' katanya secara ringkas kepada pemberita selepas menghadiri majlis pembukaan Tahun Perundangan 2013 di Istana Kehakiman di sini hari ini.

Jabatan Peguam Negara pada 18 Disember tahun lalu mengeluarkan kenyataan bahawa semua prosiding berkaitan saman AES ditangguh sementara sehingga beberapa isu bersifat undang-undang dan teknikal diselesaikan.

Jabatan itu menegaskan bahawa saman AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah tetapi pihaknya mengambil berat beberapa perkara undang-undang dan teknikal yang ditimbulkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment