My Add

Thursday 3 January 2013

Proses baik pulih tanah asrama Unisel ambil masa setahun

SHAH ALAM, KHAMIS, 03 Januari, 2013: Proses membaik pulih struktur tanah asrama Universiti Selangor (Unisel) yang mendap dijangka mengambil masa setahun dengan anggaran kos antara RM40 juta hingga RM60 juta.

Naib Canselornya, Prof. Dr Anuar Ahmad berkata sepanjang tempoh itu, kira-kira 3,000 penuntut Unisel yang menginap di asrama tersebut akan ditempatkan di beberapa premis lain.

Ini termasuk bangunan milik Unisel di Kota Puteri yang akan dijadikan asrama sementara kepada kira-kira 1,000 penuntut termasuk yang akan mendaftar pada Sabtu ini, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

"Kos yang dikenakan kepada penuntut tetap sama iaitu RM200 seperti penginapan di kolej kediaman sebelum ini, malah kita turut menyediakan kemudahan pengangkutan dan Internet kepada penuntut di semua premis sementara," katanya.

Menurutnya, berdasarkan laporan kerosakan bangunan itu yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, aktiviti mendapan masih aktif di kawasan bangunan yang menjejaskan sistem utiliti termasuk pendawaian elektrik. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment