My Add

Thursday 3 January 2013

Keselamatan dan kesihatan pelatih PLKN sentiasa dipantau

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 03 Januari, 2013: Kementerian Pertahanan memberi jaminan tahap keselamatan dan kesihatan di 81 kem untuk 15,461 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi sesi pertama tahun ini berada dalam keadaan optimum.

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata kesemua 81 kem PLKN di seluruh negara telah diaudit agar pematuhan sentiasa diikuti terhadap aspek berkenaan.

"Kami tidak mahu ambil sebarang risiko untuk sesi kali ini dan semua kem memberi kerjasama yang baik untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pelatih terjamin," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pergerakan pelatih PLKN kumpulan satu siri ke-10 di padang Bangunan Zetro, Wangsa Maju, di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment