My Add

Thursday 3 January 2013

Anggota PPS pukul wartawan sedia mohon maaf

GEORGETOWN, KHAMIS, 03 Januari, 2013: Anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang didakwa memukul seorang wartawan dalam kejadian di pangsapuri di Jalan Perak di sini 30 Dis lepas, hari ini menyatakan kesediaan memohon maaf kepada mangsa.

Lim Ah Chai, 52, berkata, beliau berharap dapat bertemu secara bersemuka dengan wartawan akhbar Guan Ming Daily, Ang Kean Siang bagi tujuan itu.

Katanya, beliau juga telah hadir memberi keterangan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut semalam.

Lim ditemui pemberita pada sidang media yang diadakan Anggota Dewan Undangan Negeri Datuk Keramat Jagdeep Singh Deo di sini.

Sementara itu, Jagdeep berkata beliau akan berusaha mengatur pertemuan kedua-dua pihak dalam masa terdekat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment