My Add

Sunday 27 January 2013

PRU-13: 200,000 mahasiswa layak mengundi

*RAZALI Ibrahim memperkatakan sesuatu kepada jentera pilihan raya Barisan Nasional semasa melawat pusat daerah mengundi di Parit Korma, Muar, Johor, semalam.

MUAR, SABTU, 26 JanUARI, 2013: Lebih 200,000 mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Pengerusi Biro IPT UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, seramai 14,000 orang adalah ahli UMNO yang boleh terbabit secara langsung dalam politik selaras dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 pada hujung tahun lalu.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO berkata, jika dahulu golongan tersebut tidak dibenarkan terbabit secara langsung dalam politik, kini mereka boleh menyertai parti politik secara serius.

''Bukan kita mahu mahasiswa masuk politik tetapi apabila AUKU tarik balik sekatan terhadap politik, adalah rugi jika kita tidak memanfaatkannya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment