My Add

Friday 4 January 2013

Kencing tikus:Gua Kelam ditutup

KANGAR, KHAMIS, 03 Januari, 2013: Pusat rekreasi Gua Kelam, Padang Besar dekat sini diarahkan ditutup serta-merta kepada orang ramai mulai hari ini berikutan kes seorang pelajar Matrikulasi Arau kini kritikal kerana disyaki terkena jangkitan kencing tikus atau leptospirosis.

Pengerusi Jawatankuasa Tanah, Perhutanan, Alam Sekitar dan Sumber Asli, Penguatkuasaan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Mat Rawi Kassim berkata, taman rekreasi tersebut akan ditutup buat sementara waktu bagi keselamatan orang ramai.

"Ia akan dibuka semula kepada orang ramai sehingga ia disahkan selamat oleh agensi dan jabatan yang bertanggungjawab," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kes pelajar berkenaan yang kini kritikal di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) kerana disyaki terkena jangkitan kencing tikus selepas dikatakan mandi di pusat rekreasi Gua Kelam baru-baru ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment