My Add

Friday 4 January 2013

Gobalakrishnan dibenar kemuka rayuan sabit hukuman

PUTRAJAYA, KHAMIS,, 03 Januari, 2013: Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan hari ini dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan untuk mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman denda RM5,000 atau penjara enam bulan atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam, hampir empat tahun lalu.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak memutuskan demikian sebulat suara selepas selesai mendengar hujah daripada pihak peguam dan pendakwaan.

Ini merupakan peluang terakhir Gobalakrishnan untuk mengetepikan sabitan dan  KHAMIS,h0ukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 27 Julai tahun lalu dan kemudian dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi pada 27 November tahun yang sama.

Jika hukuman itu dikekalkan, mengikut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, Gobalakrishnan akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen kerana telah disabitkan oleh mahkamah dengan denda lebih daripada RM2,000, sekali gus dilarang bertanding dalam pilihan raya selama tempoh lima tahun. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment