My Add

Friday 4 January 2013

Lima suspek kes rogol pelajar didakwa

NEW DELHI, KHAMIS, 03 Januari, 2013: Lima lelaki yang dituduh merogol seorang pelajar perubatan berumur 23 tahun di dalam sebuah bas, didakwa di mahkamah di sini hari ini.

Kertas pendakwaan kes tersebut yang setebal 1,000 muka telah difailkan di Mahkamah Daerah Saket di sini.

Kelima-lima suspek yang merupakan penduduk kawasan setinggan New Delhi tersebut, didakwa merogol, menculik dan membunuh selepas mangsa meninggal dunia akibat kecederaan teruk di sebuah hospital di Singapura bulan lalu.

Polis New Delhi berkata, suspek keenam yang dipercayai berumur 17 tahun tidak akan didakwa bersama suspek lain hari ini, sebaliknya akan dibicarakan di mahkamah juvenil.

Jelas polis, pihaknya masih menunggu keputusan ujian tulang untuk mengesahkan umur suspek keenam tersebut.

Kertas pendakwaan dilaporkan turut mengandungi kenyataan mangsa dan teman lelakinya yang bersama gadis tersebut ketika kejadian itu berlaku.

Teman lelaki mangsa turut dipukul ketika cuba menyelamatkan pelajar perubatan itu. Semasa kejadian, pasangan tersebut menaiki sebuah bas awam selepas menonton filem pada waktu malam, yang turut dinaiki sekumpulan lelaki mabuk.

Perbicaraan ke atas suspek-suspek kes itu telah dipercepatkan dan Ketua Hakim India, Altamas Kabir memberi amaran kelewatan proses undang-undang akan menimbulkan kemarahan rakyat.

Para peguam di Mahkamah Daerah Saket mengambil keputusan tidak akan membela suspek-suspek kes itu, menyebabkan mahkamah terpaksa melantik peguam untuk membela mereka.

Penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi sejak kejadian itu berlaku pada 16 Disember lalu bagi menggesa kerajaan menangani jenayah terhadap wanita dengan lebih baik dan mengenakan hukuman lebih berat ke atas pesalah. - AFP

No comments:

Post a Comment