My Add

Sunday 27 January 2013

Sugumaran: Polis cadang tubuhkan inkues

SHAH ALAM, AHAD, 27 Januari, 2013: Polis Selangor mencadangkan satu inkues di mahkamah terbuka diadakan bagi mengenal pasti punca kematian C. Sugumaran selepas dia ditahan dan digari polis kerana mengamuk serta mengancam keselamatan awam di Taman Desa Raya, Batu 12, Hulu Langat dekat sini pada Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes tersebut sebelum dihantar kepada pendakwa raya pada Selasa ini.

“Polis merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini supaya tampil membantu siasatan," katanya kepada pemberita di Pusat Media Polis Kontinjen Selangor hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment