My Add

Tuesday 22 January 2013

Tawaran PM peluang Kelantan jadi negeri maju

KOTA BHARU, SELASA, 22 Januari, 2013: Tawaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melaksanakan tujuh projek besar di negeri ini sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), merupakan peluang terbaik bagi Kelantan menjadi sebuah negeri maju seiring dengan negeri-negeri lain menjelang tahun 2020.

Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) Azmi Ali berkata, PRU-13 merupakan satu-satunya peluang untuk rakyat Kelantan membuat keputusan bagi memastikan negeri ini seiring negeri lain dalam aspek pembangunan ekonomi dan prasarana.

"PRU-13 adalah peluangnya jika rakyat nak Kelantan jadi negeri maju, jika tidak Kelantan akan terus tertinggal," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa melancarkan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong, kelmarin yang mengumumkan pelaksanaan tujuk projek besar bagi membangunkan lagi negeri ini sekiranya BN diberi mandat pada PRU-13. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment