My Add

Tuesday 22 January 2013

Empat keluarga dipindah akibat banjir di Rompin

KUANTAN, SELASA,22 Januari, 2013: Seramai 14 orang daripada empat keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Leban Chondong, Rompin malam tadi berikutan kawasan rumah mereka mengalami banjir.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, kesemua mangsa mula dipindahkan pada 9.30 malam tadi.

“Mangsa dipindahkan apabila penempatan mereka di Kampung Leban Chondong, dinaiki air setinggi 0.1 meter," katanya.

Beliau berkata setakat ini kawasan lain dilaporkan tidak mengalami banjir.

“Orang ramai yang menetap di kawasan rendah diminta berjaga-jaga berikutan hujan sejak dua tiga hari ini," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment