My Add

Tuesday 22 January 2013

Dasar pasaran EEV diumum separuh pertama

*DATUK Seri Mustapa Mohamed menekan butang sebagai tanda perasmian Pameran Kenderaan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2013, disaksikan oleh Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Interexpo (kiri), Mak Weng Kit di PWTC Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN

KUALA LUMPUR, SELASA, 22 Januari, 2013: Kerajaan akan mengumumkan dasar berkaitan kenderaan cekap tenaga (EEV) menjelang separuh pertama tahun ini, yang dijangka menyaksikan pembukaan pasaran itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata langkah itu akan memberikan paras persaingan yang sama dan peluang yang baik bagi pemain tempatan dan asing di dalam industri itu.

"Ini adalah salah satu daripada segmen yang kita rasa penting di bawah Dasar Automotif Negara (NAP) yang sedang disemak semula."

"Kami telah memutuskan langkah ini bahawa ia adalah segmen yang kita perlu buka pada masa depan terdekat," katanya semasa pelancaran Pameran Kenderaan Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 di sini hari ini.

Katanya kerajaan sedang memperincikan butiran mengenai dasar itu yang termasuk teknologi, pengeluaran fuel serta standard dan kualiti.

Mustapa berkata Malaysia adalah satu-satunya negara Asean yang memfokus pada pasaran EEV. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment